..Dari masa ke semasa kita terlalu leka mengejar cita-cita..Tanpa memikirkan hati dan perasaan insan lain..Perjalanan waktu meleka semua insan tentang pentingnya kasih sayang..Tanpa kasih sayang yang padu tak mungkin hidup seseorang insan itu bermakna dan terus cemerlang..Setinggi mana cita-cita dan kedudukan kita,tidak seharusnya kita mengabaikan insan yang memerlukan kasih sayang dari kita..Ingatlah kasih sayang amat penting dalam kehidupan..

Rabu, 30 Disember 2009

Aku Nak Kahwin Dah Ni! Ada Sesape Leh Bagi Cadangan??

Assalamualaikum W.B.Rdan Salam Ukhuwah..

Semalam saya berkongsi kisah PLKN,kali ni nak kongsi pula cerita kahwin.Bukan saya yang nak kawin tapi teringatkan kawan yang nampak berminat nak berkahwin..hehehe..Sape yang tak nak kahwin kan??

Masa tu aku duduk minum di kafe universiti, datang seorang sahabat berbincang soal perkahwinan.

Katanya: "Hassriq boleh tak tolong cari calon isteri untuk aku?"

Seperti biasa aku akan bertanya: "Kau ni dah benar-benar bersedia ke nak kahwin?"

Ia seperti pelajar-pelajar yang lain menjawab: "Saya memang nak kahwin tapi itu bergantung pada keputusan keluarga, kalau mereka izinkan, saya akan berkahwin."

Tanya saya: "Kalau tak pasti lagi bila nak kahwin, buat apa cari calon?"

Katanya: "Saja nak kenal-kenal dulu."

Jawab saya: "Kalau macam itu kau carilah sendiri, aku selalunya akan carikan orang yang benar-benar aku kenal dipasangkan dengan orang yang juga sangat aku kenali."


MAK TOLONG KAHWINKAN AKU!

Memang perkahwinan banyak terikat dengan restu keluarga. Itu lelaki, apatah lagi kalau perempuan, ia terikat dengan kebenaran walinya. Sepatutnya pemuda-pemudi itu bertanya keluarga dahulu, barulah buat keputusan untuk mencari calon.

Bukan apa, bila sudah ada calon dan jarak masa perkahwinan tidak pasti, selalunya mendatangkan banyak masalah dan gangguan. Kemungkinan calon yang dipilih tidak dipersetujui keluarga. Mungkin mereka sudah ada pilihan sendiri. Apatah lagi bila dah ada pasangan, perasaan pun mula berubah. Putik-putik cinta pasti akan bertunas dan lama kelamaan membuahkan khayalan dan mimpi.

CINTA DAN KAHWIN..MANA LEBIH UTAMA??

Tradisi orang bercinta zaman sekarang sukar untuk dibataskan. Sekurang-kurangnya ziarah-menziarahi melalui SMS dan call menjadi perkara biasa. Bermula dari panggilan akh dan ukh akan berpindah kepada abang dan adik... lama-lama sayang yang kehilangan S. Ermm, waktu itu dah terpaksa belajar memujuk bila merajuk, jiwa mula belajar hakikat rindu, mimpi malam dihiasai igauan wajah.

Ermm, kalau jelas hujungnya dan tahu tarikh tamat ‘dunia khayalan indah’ tersebut, tahu juga penyudah dosa-dosa kering tersebut (kering dan ringan di sisi hamba, berat di sisi pencipta). Bagaimana dengan yang tak pasti penghujungnya, tak pasti nasibnya, tak pasti tempoh penantiannya?

Umpama orang membeli bahan binaan, tapi tapak rumah belum tersedia. Lama-lama bahan binaan tersebut reput begitu sahaja. Begitulah juga cinta yang tak ‘bertarikh’ pelayarannya. Mulalah merungut pasal ‘lemah iman’, tak khusyuk solat dan macam-macam lagi.

CINTA MUDA MUDI MASA KINI..

Sesetengah pelajar bila memikirkan perkahwinan sekadar menjadikannya bahan mainan atau hikayat lucu. Mungkin juga untuk menguji nasib dan meraih simpati. Bila betul-betl diajak berkahwin, mulalah bagi banyak alasan... belajar tak abis lagilah, mak bapa tak bagilah, PTPTN tak abis bayar lah, kerja belum dapatlah, nak jaga keluarga dululah. Dulu bila mula memancing ‘cinta’ tak berfikir panjang dan tak memikirkan semua risiko tersebut. Kesian dengan pihak yang benar-benar bersungguh.

Bagi mereka yang memandang kehidupan ini penuh dengan perjuangan, memperjuangkan kisah cinta yang kabur itu amat membuang masa. Kecualilah yang bermazhabkan Romeo dan Juliet. Cinta begitu patut dikuburkan bila ‘tarikh sah/lakunya’ telah tamat.

Kalau diteruskan ia akan meracun iman dan perjuangan. Justeru itu selalu saya nasihatkan, agar putuskan saja hubungan bila pelayaran tidak menampakkan halatuju dan pelabuhan. Cinta Ilahi lebih bernilai dari cinta insan yang tak pasti, yang akhirnya lebih banyak melalaikan iman dari membekalkan kekuatan. Memang keputusan begitu selalunya sukar.


INDAHNYA CINTA INI...

Soal jodoh ramai yang keliru. Ada yang menyerahkan pada takdir dan akhirnya menyalahkan takdir. Jodoh seperti amalan ikhtiari yang lain adalah pilihan insan. Ia boleh diusaha dan diikhtiarkan. Ini tidaklah menafikan ‘qada dan qadar’ Allah di penghujungnya setelah puas berusaha. Justeru itu Islam meletakkan beberapa bentuk pilihan pasangan (agama, kecantikan, keturunan dan kekayaan) kerana jodoh boleh dipilih. Islam meletakkan agama sebagai asas pilihan. Memilih pasangan yang tidak memiliki nilai agama adalah satu kesilapan dan perlu ditanggung sendiri risikonya. Tidak boleh menyalahkan takdir.

Ada juga di kalangan pemuda pemudi yang terlibat dalam perjuangan bertanya: "Saya dah ada pasangan yang saya kenali sebelum mengenali dakwah ini. Bolehkah saya teruskan cinta kami ini?" Dulu saya sering bertanya: "Mana awak sayang, antara perjuangan ini atau memperjuangkan cinta lama?" Pernah ada yang menjawab: "Saya sayang kedua-duanya tapi masalahnya pasangan lama saya itu tidak sefikrah."

Dulu sering saya cadangkan kepada pemuda-pemudi begitu supaya harmonikan hubungan dengan mengajak orang tersebut menyertai perjuangan yang ia sertai. Ini kerana ia sendiri tidak meyakini perjuangan orang itu (pelik juga bagi saya... yakin dengan tubuh badan insan tapi mempertikaikan fikrahnya... bukankah fikrah yang menentukan hidup manusia).

Pemerhatian yang saya temui agak tersasar. Ramai yang menyertai dakwah ini hanya kerana desakan dan ajakan ‘orang yang ia cinta’ tidak begitu membuahkah hasil yang diharapkan. Mungkin niatnya tidak betul. Apapun selagi tak cuba, mana nak tahu... try & error... tapi membina rumahtangga di penghujungnya atas landasan ‘try & error’ macam keadaan orang berjudi... tak tahu nasib di penghujung.

UNTUK APA BERKAHWIN?

Cara terbaik sebenarnya, bila sudah memilih seseorang untuk menjadi pasangan hidup, nilailah badan dan akalnya, bahkan akalnya lebih perlu dinilai melebihi badannya. Kalau dah yakin dengan ia, kenapa tidak ikut sahaja perjuangannya? Lagilah kalau kelak ia jadi suami, lambat laun kena ikut juga budaya dan kehendaknya? Bukankah ‘lelaki itu pemimpin wanita dalam keluarga?’

Perjuangan ini hanya untuk orang yang benar-benar meyakini dan sanggup mendahulukannya mengatasi yang lain. Lagipun selagi berada di atas landasan syarak tidak salah berpindah arah... macam Masjid Qiblatain. Walau bagaimanapun, jangan sampai tersasar kiblat hingga akhirnya tidak ke Mekah dan tidak juga ke Aqsa (saya teringat dengan tazkirah seorang pendakwah : 3 punca yang menyebabkan ramai akh futur dalam dakwah, salah pilih pasangan dalam perkahwinan, pangkat dan kuasa).

Bagi pejuang yang benar-benar faham dan yakin, ia tidak akan mendelaykan hasrat berumahtangga setelah memahami hakikat dakwahnya. Bahkan rumahtangga yang ia bina diharap mampu menjadi rumahtangga dakwah yang menjadi asas penting pembinaan mujtama’, daulah dan khilafah.

ANDA BACA ANDA TENTUKAN...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita.Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin. Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita. Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang. Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun. Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya. Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula. Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan itu adalah mulia dan terpuji." Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan. Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.. Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari
Free Sparkle Pink MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com