..Dari masa ke semasa kita terlalu leka mengejar cita-cita..Tanpa memikirkan hati dan perasaan insan lain..Perjalanan waktu meleka semua insan tentang pentingnya kasih sayang..Tanpa kasih sayang yang padu tak mungkin hidup seseorang insan itu bermakna dan terus cemerlang..Setinggi mana cita-cita dan kedudukan kita,tidak seharusnya kita mengabaikan insan yang memerlukan kasih sayang dari kita..Ingatlah kasih sayang amat penting dalam kehidupan..

Selasa, 24 November 2009

Buat teman-teman yang diingati..

Buat teman-teman yang diingati..Jangan dicinta kerana dia lelaki Kelak kita akan membenci Jika dia bukan lelaki yang dicari Hanya pandai menabur janji… Jangan di rindu pada paras rupa Kelak kita akan terseksa Jika dia tidak sebaik rupanya Senyumnya manis tipu belaka… Jangan disayang kerana berharta Kelak kita hidup menderita Jika hartanya habis dibelanja Sukar hidup, miskin dan papa… Jangan dikasih kerana dipuji Kelak kita menagih janji Jika rupa berkedut dimamah hari Hilang sudah puji memuji… Jangan dicari seorang kekasih Kelak kita akan disisih Jika kasih luntur bersih Menangislah diri hidup bersedih… Jangan disambut salam rindu Kelak kita menahan sendu Jika rindu tak dapat disatu Dimanakah kita akan mengadu… Jangan dilayan seorang teman Kelak hidup menjadi ancaman Jika teman tidak beriman Dibakar api hari kemudian… Wahai sahabat wahai teman Carilah dia kerana Tuhan Untuk menambah ceteknya iman Bekalan diri hidup berteman… Wahai sahabat wahai teman Cintalah dia kerana beriman Dijadikan Tuhan sebagai pasangan Baik buruk ketentuan Tuhan Wahai sahabat wahai teman Terimalah dia penuh keikhlasan Andai buruk angaplah dugaan Andai baik pujilah Tuhan… Wahai sahabat wahai teman Ingatlah akan janji Tuhan Isteri yang baik besar balasan Suami penyabar itulah kemenangan

Aku Redha Dengan Perpisahan Ini Ya ALLAH, aku bersyukur diatas perpisahan ini , kerana ku yakin Engkau MAHA MENGETAHUI segalanya, mungkin sidia bukanlah yg terbaik untuk diriku... Ya ALLAH ku berserah segalanya , padamu.. Kurniakanlah kebahagian pada dirinya hadirkan lah insan yang terbaik buat dirinya MOga dirinya tidak terus hanyut dibuai dunia yang hanya sementara Ya ALLAH Ku Tahu ini adalah kafarah segala dosa-dosa yg telah ku lakukakn Mungkin ini adalah balasan yang setimpal harus ku alami Aku Redha , aku pasrah jika ini merupakan hukuman dari-MU Pada-MU ku bermohon Pada-MU ku berserah Hadirkanlah kebahagiaan yang abadi kau bantulah diriku mencari ketenangan disebabkan perpisahan ini , Kupohonkan petunjuk Illahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Ya Allah, Berikanlah daku kekuatan, Hanya cinta-Mu yang kuharap, Hanya kasih-Mu yang kudamba, Andai dia, Sang Muslimah KAU utuskan buat perantaraan, Aku terima dengan redha, Namun padanya ingin ku berpesan, "Maaf jika hati ini tidak sepenuhnya untukmu, Kerna ia adalah milik-Nya, Maaf jika cinta ini tidak sepenuhnya untukmu, Kerna ia adalah milik-Nya, Maaf jika masaku tidak sepenuhnya untukmu, Kerna ia adalah milik-Nya, Maaf jika ketaatan ini tidak sepenuhnya milikmu, Kerna ia adalah milik-Nya, Namun jika insan lain dijadikan perbandingan, Kau tetap akan ku cinta, Hati ku tetap untukmu, Kau tetap akan ku taat, Masaku tetap untukmu, Jika kerna tidak dapat memiliki sepenuhnya, Lantas kau menjauhi, Aku redha, Kerna DIA mengatasi segalanya," Aku pasrah, Andai ditakdirkan bersendirian sehingga ke akhir hela nafas, Kerna ku yakini, Cintaku pada-Nya adalah cinta azali, Kerna janji-Nya adalah janji yang pasti, Kerna DIA tak kan mempersiakan, Kerna DIA takkan mengecewakan, Lantas ku akur, Kubukakan hati, Ku luaskan minda, Ku terima sang hakikat dengan penuh ketenangan Sesungguhnya, Perjalanan hidup ini telah tertulis, Rentetan hayat ini telah tersurat Ya Allah… Kurniakanlah kami Isteri dan zuriat yang soleh Sebagai penyejuk mata Kurniakan daku serikandi Penyejuk di mata penawar di hati Di dunia dialah penyeri Di syurga menanti… dia bidadari Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian Penentu jodoh pertemuan Seandai dirinya tercipta untukku Relaku menjadi miliknya… AMIN..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita.Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin. Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita. Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang. Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun. Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya. Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula. Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan itu adalah mulia dan terpuji." Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan. Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.. Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari
Free Sparkle Pink MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com